SELAMAT DATANG KE BLOG 'ART AND CRAFT' UNTUK KANAK-KANAK ISTIMEWA

Monday, 31 October 2011



KeLas Seni MingGu ke 36

Time ni saya mengajar seni kelas 7..oh sebelum tu,nak perkenalkan dulu anak-anak murid kesayangan saya ni dulu la…ade 7 org tapi macam biase yg dtg cume 4 org je..walau camna pun kelas mesti diteruskan…okay, tajuk hari ni…..BURUNG HANTU(OWL)…fikir punya fikir lastly dapatla idea ni..

Objektif :-
·Merekacipta kraf mudah daripada bahan kitar semula.

Kemahiran yang diperolehi:-
· Mewarna menggunakan warna air dan membezakan warna.


Murid sedang mewarna pinggan polisterin
masing-masing.



Tadaaaa.....hasil kerja tangan Wan Shafiqah...:)



. 
. 
Next class esok nak buat ape pulak ni.....:) Okayla kita buat yang

 senang-senang je......TAJUKNYA KOLAJ TEMBIKAI(Watermelon)....Set induksi kita

 nyanyi-nyanyi sikit(dengan gayanya sekali ye class)

"Watermelon...watermelon.....
Papaya...Papaya....
Buah mata kucing...buah mata kucing....
Cing..cing.....(then start balik lagu dari lirik yang bawah)...."

Objektif :Murid dapat menghasilkan kraf mudah daripada polisterin terpakai.

Kemahiran yang diperolehi:Tampalan/Kolaj.




Haura tengah bersemangat nak menampal kertas warna kat polisterin tu.....u can do dear :)


Mestilah cikgu shida ada membantu jugak....



Tahniah Haura.....siap juga tembikai haura ni...:)



















KOMPONEN PENDIDIKAN SENI


Di sini saya sediakan komponen yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Seni



SKOP:-
  • Memberi fokus kepada usaha mencungkil , mengembangkan bakat dan potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang diperolehi.
OBJEKTIF:-
  1. Mengembangkan bakat dan kreativiti
  2. Menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid
  3. Menilai keindahan alam dan warisan budaya
  4. Mengenal , membeza dan menggunakan warna yang betul
  5. Menghasilkan karya seni yang kreatif
  6. Memberi peluang ke arah kerjaya

Saturday, 15 October 2011









Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya membuat blog ini sebagai memenuhi tuntutan tugasan untuk kursus KPT 6044 (Pembelajaran Berasaskan Teknologi dan Web) iaitu pensyarah saya Dr. Abdul Latif bin Gafor.Tujuan blog ini dibina adalah untuk perkongsian idea tentang matapelajaran pendidikan seni yang diajar di kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran.Semoga kita dapat bertukar idea dan kreativiti di dalam mengajar anak-anak istimewa ini.Apa yang penting...ianya menuntut kesabaran ;)